Search this site
Embedded Files
PJPES
  • HOME
  • ABOUT
  • SUBMISSION
  • EDITORIAL BOARD
  • ISSUE
    • Current issue
      • Vol 2 Issue (1) April 2026
    • Archive
      • A-Vol 1 Issue (1) October 2025
      • A-Vol 2 Issue (1) April 2026
  • CONTACT US
PJPES
  • HOME
  • ABOUT
  • SUBMISSION
  • EDITORIAL BOARD
  • ISSUE
    • Current issue
      • Vol 2 Issue (1) April 2026
    • Archive
      • A-Vol 1 Issue (1) October 2025
      • A-Vol 2 Issue (1) April 2026
  • CONTACT US
  • More
    • HOME
    • ABOUT
    • SUBMISSION
    • EDITORIAL BOARD
    • ISSUE
      • Current issue
        • Vol 2 Issue (1) April 2026
      • Archive
        • A-Vol 1 Issue (1) October 2025
        • A-Vol 2 Issue (1) April 2026
    • CONTACT US

Home / Latest Issue / Vol. 2, Issue (1) April 2026 / PJPES.02.01.10

Perbezaan Antropometri Dan Tahap Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Atlet Hoki Lelaki Sekolah Sukan Bukit Jalil Berdasarkan Posisi

Muhammad Najmi Irfan Zulzilah dan Borhannudin Abdullah


Pertanika Journal of Physical Education and Sports, Volume 2, Issue 1, April 2026

DOI: http://doi.org/10.47836/pjpes.2.1.10


Keywords: Antropometri, Kecergasan fizikal, Pemain hoki, Penyerang, Pertahanan

Published on: 2026-05-05

eISSN 3093-8503

Article ID

PJPES.02.01.10

PDF

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antropometri dan tahap kecergasan fizikal berdasarkan posisi permainan, iaitu penyerang dan pertahanan, dalam kalangan pemain hoki lelaki di Sekolah Sukan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian keratan rentas. Sampel kajian melibatkan 36 orang pemain hoki lelaki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Pemboleh ubah bebas ialah posisi pemain, manakala pemboleh ubah bersandar merangkumi ukuran antropometri dan tahap kecergasan fizikal. Subjek kajian menjalani pengukuran tinggi dan berat badan serta beberapa ujian kecergasan fizikal, iaitu ujian push-up 1 minit, kekuatan genggaman tangan (handgrip), pecut 30 meter, jangkauan melunjur (sit and reach), dan beep test. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melalui analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi menggunakan Multivariate Analysis of Variance (MANOVA) bagi mengenal pasti perbezaan signifikan antara kumpulan penyerang dan pertahanan. Dapatan kajian menunjukkan pemain pertahanan mencatatkan min berat badan yang lebih tinggi (Min = 65.6 kg, SP = 8.9) berbanding penyerang (Min = 61.6 kg, SP = 8.5).  Dari segi ketinggian, pemain pertahanan juga lebih tinggi secara purata (Min = 170.9 cm, SP = 7.2) berbanding penyerang (Min = 169.6 cm, SP = 7.5). Skor jangkauan melunjur turut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kalangan pemain pertahanan (Min = 38.9 cm, SP = 7.6) berbanding penyerang (Min = 35.6 cm, SP = 7.4).  Bagi ujian beep test, pemain penyerang mencatatkan tahap kecergasan kardiorespiratori yang lebih tinggi (Min = 11.8, SP = 1.1) berbanding pemain pertahanan (Min = 10.8, SP = 1.2). Dalam aspek kekuatan genggaman tangan, pemain pertahanan menunjukkan nilai min yang lebih tinggi bagi tangan kanan (Min = 45.1 kg, SP = 8.0) dan tangan kiri (Min = 45.3 kg, SP = 7.9) berbanding penyerang (tangan kanan: Min = 42.5 kg, SP = 5.1; tangan kiri: Min = 42.0 kg, SP = 5.6). Ujian push-up juga menunjukkan pemain pertahanan memperoleh min yang lebih tinggi (Min = 47.1, SP = 11.5) berbanding penyerang (Min = 43.1, SP = 9.5).  Namun, dalam ujian pecut 30 meter, pemain penyerang mencatatkan masa yang lebih pantas (Min = 3.72 saat, SP = 0.18) berbanding pemain pertahanan (Min = 3.87 saat, SP = 0.46). Keputusan analisis MANOVA bagi profil antropometri menunjukkan nilai Pillai’s Trace = 0.412, F(5,34) = 3.21, p = 0.015, manakala bagi profil kecergasan fizikal nilai Pillai’s Trace = 0.523, F(5,34) = 4.12, p = 0.004. Kedua-dua keputusan adalah signifikan pada aras p < 0.05. Kesimpulannya, pemain penyerang menunjukkan kelebihan dari aspek kelajuan dan daya tahan kardiovaskular, manakala pemain pertahanan lebih dominan dalam kekuatan otot dan kestabilan fizikal. Dapatan ini dapat membantu jurulatih merancang program latihan yang lebih spesifik, sistematik, dan berkesan mengikut keperluan posisi permainan dalam sukan hoki sekolah.

CONTACT US

Department of Sport Studies

Faculty of Educational Studies

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang Selangor

Malaysia

Tel: +603 9769 8151

Email: pjpes@upm.edu.my

QUICKLINKS

Publisher - UPM Press

Deputy Vice Chancellor (R&I)

Sultan Abdul Samad Library UPM

UPM Homepage

Faculty of Educational Studies UPM

MORE

Staff Directory

EDUC JOURNAL

International Journal of Education and Training (InjET)

Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education (PJVSTE) 

Pertanika Journal of Language and Humanities Education (PJLHE)

Pertanika Journal of Learning Pedagogy and Educational Leadership (PJLPEL) 

Pertanika Journal of Counsellor Education and Counselling Psychology (PJOCECP)

Pertanika Journal of Professional Development and Continuing Education (ProCEd)

Copyright International Journal of Education and Training 2025
Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse